Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, demam selesema dan penyakit ringan yang lain;

Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan;

Perkhidmatan ujian makmal ringkas (point of care test) seperti ujian gula dalam kapilari darah dan ujian air kencing dengan menggunakan kaedah urine dipstick

Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi;

Menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan; dan

Bagi penjawat awam atau tanggungannya, sila bawa bersama surat pengesahan majikan (GL).

Bagi pesara kerajaan, sila bawa bersama kad pesara.

Bagi golongan kelainan upaya, sila bawa bersama Kad Kebajikan Masyarakat dan Kad Kelainan Upaya.

Bagi murid sekolah/pelajar IPTA, sila bawa bersama surat pengesahan sekolah/institusi.

Anda perlu mendapatkan surat rujukan daripada pegawai perubatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta terlebih dahulu sebelum mendapat rawatan daripada doktor pakar yang berkaitan.

Aduan boleh dibuat terus melalui peti cadangan/maklum balas di fasiliti kesihatan berkenaan atau berjumpa terus dengan pegawai yang berkaitan.

Aduan juga boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam
Back to Index