Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort (https://pkkbeaufort.moh.gov.my)

Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisme Budaya Kerja Kita

Unit Kawalan Penyakit HIV & AIDS

Category : Kawalan Penyakit HIV & AIDS

Unit KAS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort

Unit KAS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort terdiri daripada pecahan 8 unit utama yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam pelaksanaan aktiviti. Objektif utama Unit KAS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort ialah untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti disebabkan oleh penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit dan keadaan-keadaan yang berkait supaya ianya tidak merupakan masalah kesihatan awam di kawasan operasi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort (Daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu). Ini boleh dicapai melalui promosi kehidupan sihat, tempat kerja sihat dan selamat, alam sekitar yang bersih, langkah-langkah pencegahan yang sesuai, pengesanan dan rawatan awal, surveilans yang kerap, perkhidmatan pemilihan yang tepat, penyertaan masyarakat secara aktif dan kolaborasi antara sektor kepada pembentukan masyarakat yang sihat dan penyayang.

UNIT KAWALAN PENYAKIT AIDS/STD

Unit Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS/STD bertujuan mengurangkan risiko dan menghalang penularan infeksi HIV/AIDS serta mengurangkan morbiditi dan penderitaan berkaitan dengan jangkitan HIV dan STD. Aktiviti ini dilaksanakan melalui 5 strategi utama dalam Pelan Tindakan AIDS/STD iaitu:-

 

  1. Menambahbaik kualiti dan liputan program pencegahan di kalangan populasi yang  berisiko tinggi  (MARPs) dan vulnerable (VPs)

 

  1. Menambahbaik kualiti dan liputan ujian dan rawatan
  2. Meningkatkan mudah capai kepada  dan kebolehgunaan yang sedia ada bagi jagaan, sokongan dan program mitigasi impak sosial untuk PLHIV dan yang mereka yang terjejas
  3. Mengekalkan dan menambahbaik persekitaran yang menyokong kepada pencegahan HIV, rawatan, jagaan, dan sokongan.
  4. Meningkatkan informasi strategik sedia untuk digunakan serta kualitinya dan penggunaannya oleh pembuat dasar dan perancang program melalui pemantauan, penilaian dan kajian