Unit Kewangan PKK Beaufort terdiri daripada Unit Akaun dan Kewangan yang diketuai oleh Pen. Pegawai Tadbir Gred N27 dan 5 orang Pembantu Tadbir Gred W17/N17.
Tugas utama unit ini ialah penyediaan gaji, bayaran semua tuntutan perjalanan, elaun-elaun dan perpindahan, menguruskan semua pembelian , mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi pembelian terus, membuat kutipan hasil dan tunggakan hasil dan menyediakan segala laporan berkaitan kewangan bagi tiga daerah iaitu PKD Kuala Penyu, PKD Sipitang dan PKK Beaufort.
Objektif Melaksanakan segala perancangan , penyediaan, pengawalan kewangan termasuk urusan pembelian dan perbelanjaan yg dilakukan.
Fungsi Utama Bertanggungjawab dalam menguruskan peruntukan yang diterima dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Berikut adalah tanggungjawab yang dilaksanakan:- 1. Pengeluaran Pesanan Tempatan melalui eSPKB dan ePerolehan untuk perolehan secara terus 2. Menguruskan bayaran secara eSPKB
Gaji dan elaun
Tuntutan perjalanan dan perpindahan
Kutipan dan tunggakan hasil
Panjar Wang Runcit
Perolehan secara terus
Laporan Kewangan
Penyata Penyesuaian Buku Vot dan Hasil
PIAGAM PELANGGAN
WARAN PERUNTUKAN
SASARAN MASA
Menguruskan pemberian waran peruntukan asal / tarik balik kepada JKNS setelah kelulusan Ketua Jabatan
3 hari bekerja
LAPORAN
SASARAN MASA
Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan dikemukakan ke JKNS
Sebelum/pada 5hb
pada bulan berikut
Menyediakan laporan pembayaran bil 2 kali sebulan dan dihantar ke JKNS
Pada tarikh yang ditetapkan
Menyediakan Laporan Hasil dan dikemukakan ke JKNS
Sebelum 10hb pada
bulan berikut
PESANAN TEMPATAN
SASARAN MASA
Mengeluarkan Pesanan Tempatan (LO) pembelian terus kepada pembekal selepas menerima permohonan yg telah disempurnakan dengan lengkap beserta kelulusan pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan perolehan
7 hari bekerja
Menguruskan perolehan secara sebutharga
3 bulan
TUNTUTAN PERJALANAN / ELAUN LEBIH MASA
SASARAN MASA
Memproses tuntutan perjalanan atau elaun lebih masa yang sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan Pegawai Atasan / Penyelia )
14 hari berkerja
BAUCER BAYARAN BIL-BIL/TUNTUTAN
SASARAN MASA
Memproses bil-bil tuntutan yang lengkap daripada pembekal beserta dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan bayaran
14 hari bekerja
Memproses baucer bayaran yang lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan Pegawai Atasan / Penyelia )
14 hari bekerja
Memproses tuntutan perpindahan rumah mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa dari masa ke semasa.Proses kelulusan termasuk kelulusan yang perlu diperolehi daripada JKNSabah/KKM. Proses sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk Perakuan (tandatangan ) pegawai atasan/Penyelia.
1 tahun
GAJI
SASARAN MASA
Memproses perubahan gaji dan dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sabah
3 bulan
Memproses baucer bayaran gaji bagi pegawai lantikan sambilan setelah diterima sempurna lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan ) pegawai atasan/ Penyelia
3 bulan
Waktu Beroperasi
Hari
Masa Beroperasi
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi – 11.30 tengah hari 2.00 petang – 5.00 petang