Pengenalan
Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah naungan Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort . Unit Promosi Kesihatan diketuai oleh Pegawai Promosi Kesihatan dan dibantu oleh seorang Pembantu Kesihatan Awam (PKA), seorang Juru Audio Visual (JAV) dan seorang Pembantu Am Pejabat (PAP).
Keperluan untuk mewujudkan Unit Promosi Kesihatan adalah untuk merancang, melaksana, menilai, menyelaras dan mengintegrasikan perkhidmatan, penyebaran maklumat-maklumat kesihatan dan promosi kesihatan kepada masyarakat di dalam program-program kesihatan yang sedia ada. Penubuhan unit ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dalam bidang promosi yang berperanan sebagai agen kepada perubahan tingkah laku individu dan masyarakat terhadap kesihatan.
Visi
Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu Unit yang memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berfokus kepada perubahan tingkah laku kesihatan yang positif.
Misi
Komited untuk memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berkesan kepada kumpulan sasaran, komuniti dan anggota kesihatan ke arah perubahan tingkah laku kesihatan yang positif. Sentiasa berusaha untuk menwujudkan suasana perubahan tingkah laku kesihatan yang positif ke arah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.
OBJEKTIF UNIT PROMOSI KESIHATAN
UMUM
Untuk mencapai perubahan sikap dan tingkah laku agar dapat mempertingkatkan kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan usaha-usaha masyarakat. Objektif ini adalah selaras dengan definisi promosi kesihatan oleh WHO (1986) yang berbunyi “The process of enabling people to increase control over, and to improve, their health.”
KHUSUS
- Untuk menggalakkan individu dan masyarakat agar memberi kepentingan terhadap kesihatan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.
- Memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang cara-cara meningkatkan kesihatan mereka serta cara-cara pencegahan penyakit yang disyorkan dan untuk memudahkan penerimaan langkah-langkah tersebut.
- Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang sedia ada dan mengalakkan penggunaannya dengan betul.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk:
Aktiviti-Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort ialah :