Klinik Kesihatan Menumbok  Klinik Kesihatan  2721 reads

Klinik Kesihatan Menumbok
PENGENALAN

Mula beroperasi pada 1967 Dibawah jagaan Hospital Labuan sehingga awal tahun 80-an

SEJARAH AWAL KLINIK KESIHATAN MENUMBOK

Sejak pemerintahan British hingga di akhir tahun 1960,bermula dari sebuah pondok kecil yang terletak di Jeti Menumbok dan lawatan sebulan sekali dilakukan oleh Pembantu Perubatan yang berpusat dari Labuan pada ketika itu.

Sebuah Rumah Perubatan Menumbok telah dibina pada tahun 1968 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik wong Lok Khiam A.D.K selaku Menteri Kesihatan Sabah,pada 17hb.Oktober 1970.

LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN MENUMBOK

Dikendalikan oleh Tuan Hj.Anuar Tan seorang Pembantu Perubatan ketika itu digelar sebagai Dresser,dibantu oleh seorang Attendan,seorang Amah dan Seorang Boatman.Segala pengurusan pesakit dirujuk ke Hospital Labuan .

Pada 3 Mei 2010 Jabatan Pesakit Luar berpindah ke bangunan baru bergabung dengan Klinik Ibu Dan Anak sementara menunggu bangunan klinik ini siap di bina.

LOKASI

 Daerah kecil Menumbok-Keluasan 74 batu persegi>

Terletak di Barat Daya Negeri sabah

130km dari Kota Kinabalu

68km dari Beaufort

54km dari Daerah Kuala Penyu

Berhadapan dengan Pulau Labuan dan mengambil masa dalam 20-30 minit menaiki bot laju.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Rawatan pesakit luar
  • Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Kanak - Kanak

- Jagaan A/Natal, Menyambut kelahiran di rumah dan ABC, Penjagaan selepas bersalin, Pemberian Imunisasi, Lawatan Rumah.

  • Promosi Kesihatan Wanita
  • Pendidikan Kesihatan
  • Kesihatan remaja
  • Kesihatan Wargatua
  • Kesihatan Mental
  • Program NCD

 

Print article  View this article in PDF format