Klinik Kesihatan Membakut  Klinik Kesihatan  1967 reads

Klinik Kesihatan Membakut

PENGENALAN

Klinik Kesihatan Membakut merupakan salah sebuah klinik, dibawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort. Klinik ini telah bermula beroperasi sejak tahun 1976. Namun demikian perasmian tidak dapat dibuat pada tahun tersebut berikutan sebab yang tidak diketahui.Manakala  Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Membakut pula berada di bawah pentadbiran Klinik Ibu Dan Anak Beaufort.       

Pada asalnya Klinik Kesihatan Membakut ini di kendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan yang pertama iaitu En.Alexander Simson, bermula pada tahun 1976 sehingga 1979 . Beliau merupakan seorang anak jati Kg Tandui Membakut.

Selepas tahun 1979 beliau telah digantikan oleh PPP.En.Venantius Jonuat bersama seorang Jururawat Masyarakat Pn,Margaret  Maxciminus untuk Klinik Ibu Dan Anak.Selepas itu penambahan staf telah berlaku secara berperingkat - peringkat.

UNIT PESAKIT  LUAR

Antara Perkhidmatan yang di jalankan di klinik kesihatan ini adalah,

  • Perkhidmatan Diabetes dan  Hipertensi
  • Klinik Berhenti Merokok
  • Klinik Minda Sihat
  • Review Approach ( REAP)

        -Meliputi Saringan Remaja,Wanita/Lelaki Dewasa dan Warga Emas

  • Saringan dan Rawatan TIBI
  • Saringan  Pra- perkahwinan
  • Saringan HIV Tanpa Nama
  • Rawatan Susulan bagi Kes ulangan.
  • Rujukan Kes ke Hospital Beaufort
  • Pemeriksaan Anggota Awam

Klinik ini juga mempunyai,

  • Unit Kesihatan Ibu dan Anak
  • Unit Kecemasan
  • Unit Makmal
  • Unit Farmasi

 

 

Print article  View this article in PDF format