Unit Kewangan dan Hasil  Pentadbiran  4236 reads

Unit Kewangan dan Hasil

Pengenalan

Unit Kewangan PKK Beaufort terdiri daripada Unit Akaun dan Kewangan yang diketuai oleh Pen. Pegawai Tadbir Gred N27 dan 5 orang Pembantu Tadbir Gred W17/N17.

Tugas utama unit ini ialah penyediaan gaji, bayaran semua tuntutan perjalanan, elaun-elaun dan perpindahan, menguruskan semua pembelian , mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi pembelian terus, membuat kutipan hasil dan tunggakan hasil dan menyediakan segala laporan berkaitan kewangan bagi tiga daerah iaitu PKD Kuala Penyu, PKD Sipitang dan PKK Beaufort.

Objektif
Melaksanakan segala perancangan , penyediaan, pengawalan kewangan termasuk urusan pembelian dan perbelanjaan yg dilakukan.

Fungsi Utama
Bertanggungjawab dalam menguruskan peruntukan yang diterima dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Berikut adalah tanggungjawab yang dilaksanakan:-
1. Pengeluaran Pesanan Tempatan melalui eSPKB dan ePerolehan untuk perolehan secara terus
2. Menguruskan bayaran secara eSPKB

  • Gaji dan elaun
  • Tuntutan perjalanan dan perpindahan
  • Kutipan dan tunggakan hasil
  • Panjar Wang Runcit
  • Perolehan secara terus
  • Laporan Kewangan
  • Penyata Penyesuaian Buku Vot dan Hasil

 PIAGAM PELANGGAN

WARAN PERUNTUKAN

SASARAN MASA

  • Menguruskan pemberian waran peruntukan asal / tarik balik kepada JKNS setelah kelulusan Ketua Jabatan

3 hari bekerja

LAPORAN

SASARAN MASA

  • Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan dikemukakan ke JKNS

Sebelum/pada 5hb

pada bulan berikut

  • Menyediakan laporan pembayaran bil 2 kali sebulan dan dihantar ke JKNS

Pada tarikh yang ditetapkan

  • Menyediakan Laporan Hasil dan dikemukakan ke JKNS

Sebelum 10hb pada

bulan berikut

PESANAN TEMPATAN

SASARAN MASA

  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan (LO) pembelian terus kepada pembekal selepas menerima permohonan yg telah disempurnakan dengan lengkap beserta kelulusan pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan perolehan

7 hari bekerja

  • Menguruskan perolehan secara sebutharga

3 bulan

TUNTUTAN PERJALANAN / ELAUN LEBIH MASA

SASARAN MASA

  • Memproses tuntutan perjalanan atau elaun lebih masa yang sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan Pegawai Atasan / Penyelia )

14 hari berkerja

BAUCER BAYARAN BIL-BIL/TUNTUTAN

SASARAN MASA

  • Memproses bil-bil tuntutan yang lengkap daripada pembekal beserta dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan bayaran

14 hari bekerja

  • Memproses baucer bayaran yang lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan Pegawai Atasan / Penyelia )

14  hari bekerja

  • Memproses tuntutan perpindahan rumah mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa dari masa ke semasa.Proses kelulusan termasuk kelulusan yang perlu diperolehi daripada JKNSabah/KKM.  Proses sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk Perakuan (tandatangan ) pegawai atasan/Penyelia.

1 tahun

GAJI

SASARAN MASA

  • Memproses perubahan gaji dan dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sabah

3 bulan

  • Memproses baucer bayaran gaji bagi pegawai lantikan sambilan setelah diterima sempurna lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan ( tandatangan ) pegawai atasan/ Penyelia

3 bulan

Waktu Beroperasi

Hari

Masa Beroperasi

Isnin – Khamis

8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi – 11.30 tengah hari
2.00 petang – 5.00 petang

Print article  View this article in PDF format