Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Qr Code
Qr Code
Pilihan Bahasa
Tahukah Anda ?
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Kalendar Mini PKKB
Disember 2014
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      

Informasi > Info Portal > Unit Farmasi

Unit Farmasi

Objektif:

1.      Membekalkan ubat-ubatan yang berkualiti,selamat kepada pesakit selaras dengan keperluan serta memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan.

2.      Memberikan kefahaman kepada pelanggan terhadap ubat-ubatan dengan cara kaunseling serta memberikan penerangan yang sewajarnya dari semasa ke semasa.

3.      Memastikan stok bekalan ubat-ubatan mencukupi dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan dijalankan:

1.      Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dari Unit Pesakit Luar dan pesakit rujukan SPUB.

2.      Dispens ubat dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.

3.      Kaunseling ubat secara terperinci terutamanya kepada pesakit yang mengambil ubat untuk seumur hidup seperti ubat-ubatan kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Perkhidmatan disediakan untuk klinik yang mempunyai Pegawai Farmasi sahaja iaitu Klinik Kesihatan Ibu Anak Beaufort dan Klinik Kesihatan Membakut.

4.      Kaunseling berkumpulan bagi pesakit kencing manis (Diabetes Mellitus) terutamanya pesakit yang baru didiagnos. Perkhidmatan disediakan di Klinik Kesihatan Membakut sahaja.

5.      Kad temujanji farmasi bagi memudahkan pesakit mematuhi masa pengambilan ubat-ubatan serta mengurangkan masa menunggu pesakit. Perkhidmatan hanya disediakan oleh Klinik kesihatan Membakut.

6.      Kempen Kenali Ubat Anda iaitu kempen bagi memastikan penggunaan ubat yang berkualiti terutamanya kepada orang awam.

7.      Melaporkan insiden kesan buruk (ADR) ubat daripada pengguna kepada Malaysian Adverse Drug Reactions Advisory Committee.

8.      Melaporkan sebarang aduan ubat-ubatan daripada pengguna kepada National Pharmaceutical Control Bureau.

 

Carian
 
Mobile
Media Sosial
FacebookFeed
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort 2014 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.