Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Qr Code
Qr Code
Senarai Aktiviti
Tahukah Anda ?
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Kalendar Mini PKKB
September 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Unit Tibi

my


Informasi > Unit KAS > Unit KAS

Unit KAS

Unit KAS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort

Unit KAS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort terdiri daripada pecahan 8 unit utama yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam pelaksanaan aktiviti. Objektif utama Unit KAS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort ialah untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti disebabkan oleh penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit dan keadaan-keadaan yang berkait supaya ianya tidak merupakan masalah kesihatan awam di kawasan operasi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort (Daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu). Ini boleh dicapai melalui promosi kehidupan sihat, tempat kerja sihat dan selamat, alam sekitar yang bersih, langkah-langkah pencegahan yang sesuai, pengesanan dan rawatan awal, surveilans yang kerap, perkhidmatan pemilihan yang tepat, penyertaan masyarakat secara aktif dan kolaborasi antara sektor kepada pembentukan masyarakat yang sihat dan penyayang.

UNIT CDC

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) yang juga dikenali sebagai Unit Epidemiologi berfungsi untuk memantau dan menyelaras akitiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa.

 

Objektif Umum

Mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh penyakit berjangkit dengan promosi kesihatan, pengesanan dan rawatan awal, pemantauan berkesan dan pencegahan kejadian penyakit supaya tidak menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

 

Objektif Khusus

  1. Memantapkan aktiviti pemantauan kejadian penyakit berjangkit supaya rawatan dan kawalan awal dapat dilaksanakan secepat mungkin
  2. Menggunanakan teknologi yang bersesuaian di dalam pemantauan, pencegahan dan langkah-langkah kawalan bagi mengurangkan response time semasa wabak
  3. Menyedia dan mengkoordinasi survelan yang optimum, pengesanan awal rawatan dan pemulihan penyakit berjangkit
  4. Menggalakkan cara hidup sihat, persekitaran yang bersih dan cara kawalan dan pencegahan terhadap penyakit berjangkit
  5. Menggalakkan penglibatan masyarakat dan kolaborasi antara badan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah pembangunan masyarakat yang sihat dan penyayang

 

UNIT RKPBV

Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (RKPBV) bertanggungjawab ke atas morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit bawaan vektor yang merangkumi penyakit Malaria, Denggi, Filariasis, Japanese Encephalitis, Typhus, Hawar, Penyakit Demam Kuning dan Chikungunya.

 

Objekif Unit RKPBV meliputi:-

  1. Mengurangkan kejadian dan kematian penyakit bawaan vektor supaya ianya tidak lagi menjadi masalah kesihatan umum

 

  1. Mencegah kejadian penyakit bawaan vektor di kawasan di mana tiada berwabak pada ini

 

  1. Mencegah kedatangan semula penyakit Hawar dan mencegah pengimpotan penyakit Demam Kuning

 

 

 

 

UNIT KESIHATAN PEKERJA DAN ALAM SEKITAR

Unit KPAS adalah komited terhadap mempromosi kesihatan pekerjaan dan masyarakat terhadap kesan dari perubahan alam pekerjaan dan alam sekitar akibat dari hazad-hazad dalam pekerjaan mereka dan pencemaran alam sekitar.  Bagi mencapai matlamat ke arah pemeliharaan kesihatan dan kualiti kehidupan pekerja dan masyarakat, unit kesihatan pekerjaan dan alam sekitar telah menetapkan objek berikut:-

(i)            Pengawasan penyakit-penyakit di kalangan pekerja dari hazad-hazad di tempat kerja.

 

(ii)           Pengawasan penyakit-penyakit di kalangan masyarakat dari pencemaran di persekitaran tempat tinggal mereka.

 

(iii)          Promosi pengalaman etika kerja yang baik di tempat kerja dan alam sekitar ke arah penjagaan kesihatan diri dan masyarakat.

 

 

UNIT KAWALAN PENYAKIT TIBI DAN KUSTA

Unit Kawalan Penyakit Tibi berperanan memantau Program Kawalan Tibi dengan sasaran:-

  1. Melindungi sekurang-kurangnya 95% daripada jumlah penduduk yang mudah dijangkiti dengan imunisasai BCG

 

  1. Memberi rawatan berkesan kepada sekurang-kurangnya 85% daripada punca jangkitan yang telah dikenalpasti tidak lagi menjadi punca jangkitan penyakit

 

Antara aktiviti unit Kawalan Tibi meliputi notifikasi dan laporan kes tibi, pengesanan kes tibi, pemantauan hasil rawatan, program BCG dan perkhidmatan makmal.

 

UNIT KAWALAN PENYAKIT AIDS/STD

Unit Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS/STD bertujuan mengurangkan risiko dan menghalang penularan infeksi HIV/AIDS serta mengurangkan morbiditi dan penderitaan berkaitan dengan jangkitan HIV dan STD. Aktiviti ini dilaksanakan melalui 5 strategi utama dalam Pelan Tindakan AIDS/STD iaitu:-

 

  1. Menambahbaik kualiti dan liputan program pencegahan di kalangan populasi yang  berisiko tinggi  (MARPs) dan vulnerable (VPs)

 

  1. Menambahbaik kualiti dan liputan ujian dan rawatan
  2. Meningkatkan mudah capai kepada  dan kebolehgunaan yang sedia ada bagi jagaan, sokongan dan program mitigasi impak sosial untuk PLHIV dan yang mereka yang terjejas
  3. Mengekalkan dan menambahbaik persekitaran yang menyokong kepada pencegahan HIV, rawatan, jagaan, dan sokongan.
  4. Meningkatkan informasi strategik sedia untuk digunakan serta kualitinya dan penggunaannya oleh pembuat dasar dan perancang program melalui pemantauan, penilaian dan kajian

 

 

 

 

UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUMAN

Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) bertanggungjawab dalam pengawalan mutu air minum yang dibekalkan kepada orang awam yang dibekalkan oleh pihak pembekal air adalah selamat serta mematuhi piawaian air minum kebangsaan. Di samping itu, program ini juga adalah amat berguna sebagai mekanisma yang dapat mengesan kemungkinan berlakunya wabak penyakit bawaan air di peringkat awal. Antara fungsi unit KMAM adalah :-

  1. Pengawasan (Monitoring)

Aktiviti persampelan air dijalankan pada setiap minggu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis kecuali Sebarang pelanggaran akan dimaklumkan dengan segera untuk tindakan pembetulan.

  1. Kajian Kebersihan

Aktiviti kajian kebersihan dijalankan terhadap sesuatu sistem bekalan air. Data-data serta semua maklumat yang berkaitan dengan aktiviti akan disimpan dan dianalisis melalui satu sistem komputerisasi iaitu Program WQS (Water Quality Surveillance) bertujuan untuk penyediaan laporan, peningkatan operasi dan pengurusan serta untuk tindakan pembetulan dan pemulihan.

  1. Tindakan Pemulihan

Setiap pelanggaran kualiti yang berlaku akan dimaklumkan kepada pihak pengeluar air dan tindakan pembetulan dan pemulihan perlulah dilakukan dengan segera.

 

UNIT PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN

 

Aktiviti utama unit ini adalah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) dan juga memantau serta menyelaras aktiviti pendakwaan yang melibatkan Undang-Undang Kesihatan Awam iaitu Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

 

UNIT BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING

 

Unit BAKAS ialah untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit bawaan air di kalangan penduduk luar bandar melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air selamat dan sistem sanitasi yang teratur.

 

Objektif Umum

  1. Merancang,melaksana, mengawas dan menyelaras program-program kesihatan melalui pelaksanaan kaedah dan prinsip-prinsip kejuruteraan dan alam sekitar.
  2. Merancang, merekabentuk, melaksana, mengawas dan menyelaras program-program kawalan penyelenggaraan untuk mempertingkatkan dan menjamin keberkesanan operasi semua peralatan dan kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Memberi bantuan teknikal, khidmat nasihat dan khidmat lain kepada semua peringkat Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Sektor Swasta mengenai Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar

 

 

Objektif Khusus

  1. Meningkatkan kebersihan alam sekeliling dan mutu bekalan air luar bandar bagi mengurangkan kejadian penyakit-penyakit bawaan air dan najis
  2. Memperbaiki keadaan kebersihan alam sekitar di samping bekalan air dan tandas, pelupusan air limbah dan sisa pepejal melalui era teknologi yang sesuai dan murah.

 

 

 

 

 

 

 

Carian
 
Mobile
Pilihan Bahasa
Media Sosial
FacebookFeed
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.