Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Qr Code
Qr Code
Senarai Aktiviti
Tahukah Anda ?
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Kalendar Mini PKKB
November 2019
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
I-Sihat

Ketahui info lanjut mengenai kesihatan anda di laman ini...


Artikel > Info Sihat > Pelihara Kulit Cantik

Pelihara Kulit Cantik

Kulit merupakan salah satu bahagian penting pada tubuh.Lebih 80peratus bahagian tubuh diliputi kulit.Jadi,penjagaan kesihatan kulit juga amat penting bukan hanya memastikan tubuh kekal sihat,bermaya namun dapat memelihara penampilan yang lebih meyakinkan.Didalam sebuah kajian,setiap apa yang diambil atau dimakan mempunyai kesan yang kuat terhadap tubuh,termasuklah pada kulit.Berikut adalah beberapa jenis buah yang dikenal pasti dapat membantu memelihara kesihatan kulit:

OREN

Vitamin C yang melimpah ruah di dalam buah ini membuatkan ia menjadi satu hadiah yang paling bernilai.Ia bukan hanya membantu memelihara kulit sihat,tetapi dapat menghalang radikal bebas.Buah ini juga mengandungi bioflavonoid,yang menghasilkan kolagen pada kulit sehingga kulit kekal sihat dan tegang.

TOMATO

Buah ini di ketahui mengandungi serat dan vitamin A yang melimpah.Kekurangan Vitamin A pada tubuh boleh menyebabkan kulit kering.Justeru itu,memakan buah tomato ini dapat membantu dalam perkembangan dan pemeliharaan sel-sel kulit.Selain itu,tomato juga memiliki banyak likopen yang membantu melindungi kulit ketika terdedah pada cahaya matahari.

Oleh itu,untuk mendapatkan kulit yang sihat,tambahkan kedua-dua jenis makanan ini lebih banyak di dalam menu harian anda.Ragam buah-buahan ini lebih mudah kerana ia boleh dimakan mentah,dicampurkab didalam salad mahupun diolah menjadi jus yang enak,sihat dan menyegarkan.

©TintaBb. 

 

Navigasi Artikel
Previous article Nikmati Ikan Jauhi Strok. Fenomena Jerebu Next article
Carian
 
Mobile
Pilihan Bahasa
Media Sosial
FacebookFeed
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort 2019 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.