Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Qr Code
Qr Code
Senarai Aktiviti
Tahukah Anda ?
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Kalendar Mini PKKB
November 2019
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
I-Sihat

Ketahui info lanjut mengenai kesihatan anda di laman ini...


Artikel > Anugerah Kehidupan > Lengkuas - Herba Peransang

Lengkuas - Herba Peransang

Lengkuas

Pokok Lengkuas terdiri daripada jenis besar dan kecil.Lengkuas besar (greater galangal) dikatakan berasal dari jawa dan digunakan dengan meluas di Malaysia di Indonesia.Manakala lengkuas kecil(lesser galangal) pula di katakan berasal dari china.ia juga turut tumbuh di india dan seluruh Asia Tenggara

Lengkuas telah digunakan di barat sejak zaman pertengahan.Sifat-sifat perangsang dan tonik dalam lengkuas pula telah membuatkan orang Arab memberikannya pada kuda untuk merangsangnya.Ditimur pula,lengkuas yang telah di jadikan serbuk digunakan dalam pembuatan pewangi dan minuman

Herba ini hidup berumpun dan berizom setinggi 2 meter.Semua bahagian herba ini terutama rizomnya beraroma .Rizom lengkuas besar dan tebal,berisi serta berbentuk silinder dan bercabang2.Bahagian luar rizom berwarna coklat agak kemerahan atau kuning kehijauan yang pucat.Bahagian isi dalamnya berwarna putih.

Daun lengkuas berwarna hijau,bertangkai pendek dan tersusun berselang.Bentuk daun memanjang dan hujungnya meruncing.Pelepah daun beralur dan berwarna hijau.Bunga lengkuas merupakan bunga majmuk berbentuk loceng,berbau harum dan berwarna putih kehijauan atau putih kekuningan.

Rizom lengkuas memiliki sifat-sifat antibakteria dan perangsang pencernaan.Lengkuas juga merupakan sumber serat,besi,sodium,vitamin-vitamin A dan C serta mengandungi fitonutrien dan flavonoid seperti beta-sitosterol,Galangin,Emodin dan Quercetin

Kurangkan Mabuk Laut dan Udara

Selain digunakan dalam masakan sebenarnya lengkuas boleh dijadikan ramuan ubatan dalam perubatan tradisional bagi merawat pelbagai masalah kesihatan yang dialami manusia.Perubatan Cina dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk ‘Limpa’bagi merawat masalah-masalah pencernaan dan kesihatan berkaitan kekurangan elemen bumi.

Pelbagai Formula dalam perubatan cina juga menunjukkan lengkuas boleh digunakan untuk merawat “qi yang menentang’iaitu tenaga yang sepatutnya turun ke dalam tubuh cuba naik ke atas seperti sendawa,sedu,dan regurgitasi( memuntahkan bahan yang belum tercerna dari gaster ke mulut)

Lengkuas2

Di india pula,lengkuas digunakan sebagai pewangi tubuh,ketiak dan juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.Dikatakan,juga selama berkurun lamanya telah di gunakan sebagai Afrodisiak di Eropah dan Asia.

Air rebusan lengkuas boleh di jadikan sebagai ramuan ubatan bagi melegakan masalah-masalah seperti kekembungan ,dyspepsia ( pencernaan yang terganggu)muntah-muntah,dan perut mengembung.

Poultis atau tuaman yang diperbuat daripada campuran lengkuas dengan cuka boleh digunakan untuk merawat eczema (inflamasi kulit).Daun lengkuas pula dikatakan mampu digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mandian herba buat ibu yang baru melahirkan bayi.Manakala rizom yang telah dijadikan ramuan ubat bagi merawat loya berikutan dengan mabuk laut mahupun mabuk udara.

Lengkuas juga dikatakan mampu di gunakan untuk merawat artritis,ulser dan keradangan perut,memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki,merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.Dikatakan lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan kegunaan lengkuas,namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

2013-06-30/13:44:02

 

Navigasi Artikel
Previous article Ubi Bit Bersihkan Darah Rahsia rumpai laut-Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen Next article
Carian
 
Mobile
Pilihan Bahasa
Media Sosial
FacebookFeed
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort 2019 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.